Mungkin ini adalah post
yang paling ‘evergreen’. Agak terkejut apabila semalam masih ada yang sudi
komen bagi topic ini. Walaupun saya kurang pasti samada anonymous komen post
saya atau komen ‘komen pembaca’ post saya. Yang pasti sekali ia adalah petanda
aras bahawa isu ‘lagaan’ skim tidak akan berhenti.
Terbaru apabila tersebar
blog seorang jurutera yang kurang berpuashati dengan skim guru. Bila saya
membaca… bagi saya riak nadanya hanya lebih kepada cemburu… namun ia mengundang
kontroversi dikalangan ‘skim’ ini.
Selaku seorang yang
berpendidikan tinggi dengan profession yang penuh rasa hormat dan nilai yang
tinggi, abaikan sahaja kata-kata jurutera muda ini. Tak perlu dihantuk mahupun
tergadah. Kata-kata yang kurang sopan hanya mengundang persepsi salah terhadap
pembaca kepada skim perguruan.
Bagi saya bila berpena
biarlah berhemah dan bermaruah. Bila kita berkomentar, kita bukan sahaja
membawa nama kita, walaupun ia sejati atas pandangan sendiri. Namun kita secara
tak langsung membawa sekali apa yang ada pada diri kita seperti profession
kita, keluarga kita, ibu bapa kita…
Bagi skim-skim lain (buka
juruetera sahaja) bagi saya sudah cukuplah memberi tekanan pada guru-guru. Samaada
mahu percaya atau tidak, profession perguruan dicatatkan sebagai profession paling
bertekanan tinggi. Bersyukurlah kita tak perlu menghadapi situasi budak nakal,
tidak dimarah ibu bapa, dipandang sinis oleh masyarakat. Saya tetap mahu
percaya, guru-guru dahulu pun banyak kerja… namun sentiasa berlapang dada dek
kerana sokongan social yang ada. Masyarakat sekarang perlu dan masih perlu memberi
sokongan sosial kepada para pendidik bukan hanya dengan dengan mencari salah. Kaji yang perlu. Buikan hanya menilai!.
Persepsi guru dibayar gaji
perlu dibuang. Gaji mungkin hanya untuk mengajar tapi mendidik perlu jiwa yang
ikhlas. Dan tiada sesiapa yang boleh membayar keikhlasan ini. Jika ia pun
masyarakat menilai, penilaian perlu iklas dan membina. Bukan berteras emosi
kecemburuan yang tinggi… ketahui juga bahawa tidak semuanya berfikiran terbuka
dalam menerima teguran atau kritikan. Seharusnya setiap pada kita perlu
berlapang dada. Baru minda dapat membuat satu paradigm. Bukan mencerminkan
minda kelas ketiga yang memaparkan kecelaruan fikiran.
Ketahui juga bahawa
perubahan senantiasa berlaku. Mahu tidak mahu, jiwa ini harus bersedia
menghadapi segala kemungkinan. Siapkan diri. Bekerja ibarat berjuang. Hari ini
kita senang, esok-esok mungkin kemarau akan datang. Tiada lagi ‘comfortable zone’.
Saya????
Terpaksa delete
komen-komen yang ‘terlampau’.
antara komen yang emosi |
negatif dan tidak membina... |
Akhir kalam.... |
No comments:
Post a Comment