Masuk
bulan oktober ini, seperti biasa…
Maka
berlegar-legarlah naungan memartabatkan bahasa
Boleh
kita dengar dimana-mana
Hanya
waktu inilah
Baru
kita Nampak DBP
Pak-pak
Menteri
Berleter
itu dan ini
Dek
kerana bahasa yang terpinggir sepi
Ohhh…
penulisan ini bukanlah puisi
Tapi
kebetulan rima akhirnya sama sekali
Ohhh…
masih sama lagi!
Sahaja
saya buat begini
Nak
menggramatiskan lagi
Bicara
budi kita hari ini
Baru
kita dapat saksi
Indah
sebenarnya bahasa ini…
Tatkala
saya menonton berita
Terdengar
Pak Najib bercerita
Mahu
audit jabatan Kerajaan kita
Supaya
guna bahasa Melayu sepenuhnya
Kita
bagi ranking dan ganjaran mata
Barulah
semuanya akan terlaksana
Maruah
bahasa Melayu pasti terbela..
Ada
harapan dalam hati ini
Semoga
ia bukan retorik lagi
Segan
hidup… tak mahu nak mati…
Ibarat
tulisan jawi
Sepi…..
Kadang-kadang
terdetik hati
Kenapa
tukarkan jawi dengan abc
Tak
ada lemahnya jawi
Tak
ada kuatnya abc
Jangan
sampai pisang berbuah dua kali
Bahasa
melayu mula nak diganti
hilang
identiti bangsa
Surut
momentum perpaduan negara
luntur
akar budaya
lemah
jati di dada
Daulatkan
Bahasa…
No comments:
Post a Comment