Wednesday, February 13, 2013

3 years old Aieyah Humaira


Siaran tertunda dari entry ini

Bonda minta maaflah Aiesyah. So busy with work and hectic life since you have a baby brother… Selamat hari lahir Aoesyah – 3 tahun -. Lambat betul nak tunggu hujung tahun baru aieyah 3 tahun – 21 Dec 2012

Birthday Aiesyah ada dua versi. Satu di rumah pengasuh. Dan yang ke dua di sekolah. Kita layan gambar gambar dulu ye…

@Rumah Cik Ana

 Kek yang telah ditempah awal 3 hari... 




dengan Mohd Muhsin. kat belakang boleh nampak adik Sarah (adik muhsin) dan baby Amar yang sebaya dengan Abu Bakr.




@ Tadika Nasyrah

Kek yang dipilih sendiri oleh birthday girl and Cup cakes

 Aiesyah with Zaim on the left, haziq and muhsin on the right. Bonda sangatlah jealous kat zaim yang dah pandai membaca ni. sebaya aiesyah tapi lahir bulan 4. 
 
 Budak-budak lain tak termasuk pulak dalam gambar ni.....


Ha ha… bonda dah lama tak story telling Aiesyah punya perkembangan kan. Sangat banyak nak cerita… satu-satu lah ye… Aiesyah ponteng sekolah hampir 3 bulan. Bonda cuti bersalin… Aiesyah pun cuti sekali.. seronok duduk rumah nenek kan. Baru rasa feel of life. Lari depan laman… main longkang… cabut bunga nenek… nasib baik tak pandai panjat pokok lagi.

Aiesyah dah masuk sekolah…(sejak 2 tahun 2 bulan) jadi dah pandai serba-serbi… seperti yang diramalkan aiesyah play well with number. Kurang sikit kat alphabet. Jadi walaupun zaim waktu hujung tahun lepas dah pandai membaca… aiesyah masih merangkak-rangkak lagi. Ye lah… kan aiesyah ponteng 3 bulan kan… walaupun aiesyah paling muda kat sekolah (dikalangan rakan sebaya sebab lahir bulan 12), tapi macam biasalah, fizikal aiesyah lebih besar dan tinggi… tapi paling tak sangka… aiesyah sangat cepat belajar iqra’. Dan dah pandai lukis orang…. Dan dah tak pakai pampers…

Sehingga post ini ditulis… aiesyah dah pandai explain thing. Seperti menerangkan bentuk dan warna sesuatu. Dah pandai kira. Suka belagak macam teacher dan mengajar kat rumah…

Aiesyah dah tak heran lagi dora/barney or mickey. Sekarang tengah crazy tengok cerita princess. Jadi ayah beli cd Barbie x 3. Hari hari aiesyah layan cerita Barbie ni. Siap dah bleh buat ballet dancing lagi… jadi hari-hari aiesyah akan pilih baju kembang (aiesyah panggil baju pusing), supaya baju tu sama macam princess dancing tu. Cd Fav’ aieyah adalah 12 dancing princess.

Adik tu memang aiesyah buat kawan walaupun kecik lagi. Buktinya… kalau adik bonda letak dalam walker… aiesyah akan pimpin tangan adik menari skali. Bahayanya aiesyah suka sangat buat aksi WWF dengan adik. Aksi golek-golek…

Paling bonda tak tahan… aiesyah dah pandai memujuk. Kalau bonda naik hangin dengan awak… awak akan buat muka sedih dan cakap “bonda… bonda janganlah marah aiesyah…..”cair sekejap hati bonda…

Kesimpulannya… lagi besar awak tu… lagi banyak bonda nak kena sabar layan kerenah awak. Sebabnya walaupun dah besar manjanya bertambah-tambah… dan masih nak berkepit dengan bonda.




















No comments:

Post a Comment

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...