Wednesday, February 13, 2013

LiVe Band



18 Jan 2013....
Biasanya orang lain live band waktu zaman memuda. Tapi saya terbalik plak… dah tua-tua ni baru berlive band. Muda-muda dulu sibuk belajar… Tapi live band group saya ni memang kokap gila… gambar di atas ini hanya memperlihatkan geng-geng live band… penyanyi koirnya tak nampak pulak. Benda yang saya main tu namanya keyboard yang telah berusia belasan tahun kepunyaan family (sebab sponsornya adalah Cikgu bolian) namun ditempatkan secara tetap di rumah saya….

Ini adalah kali ke-2 saya saya join group ini. Kali pertama rasanya 2 atau 3 tahun lepas. Orangnya pun semua sama kecuali 3 tahun lepas tak ada drummer. Tahun ni dah ada peningkatan dengan adanya drummer ni. Semuanya rakan-rakan ofice bahagian saya. lain bahagian lain persembahan... Alat-alat music ini adalah sendirian berhad…. Kitorang angkut ke pejabat. saya sorang je Lady yang bersopan santun  memetik key...

3 tahun lepas kitorang iring bahagian buat persembahan boria jer. Jadi memang tak mencabar langsung… tahun ini kami bawak dua lagu. Standing in the eyes (ella) dan kita satu Malaysia. Al maklum persembahan di Jabatan kerajaan. Jadi bawa lagu yang baik-baik kan…

Lagu Standing in the eyes memang dah diberitahu kepada saya awal sebulan dari tarikh kejadian. Jadi sangat sempatlah saya cari note dan belajar nota chord. Inilah kali pertama saya main chord. Sebab saya tak pernah belajar main piano… main belajar sendiri sahaja (sejak darjah 2). 4 jam jugak saya transfer nota chord guitar kepada piano. nota chord memang berlambak di internet. Jadi tak ada masalah. Nota solo piano jarang sangatlah ada tambah lagi lagu M’sia. Jadi selain guna chord saya jugak kena cari sendiri nota solo piano dengan memetik sendiri jejari di keyboard dan menulis nota-nota.

Lagu kita satu Malaysia adalah last minit 3 hari sebelum kejadian kerana kami merasakan persembahan satu lagu sangat pendek. Jadi tambahlah satu lagu. Dah lah lagu kita satu Malaysia ni banyak solo piano. jadi saya ambil short cut sahaja. Sebab malas nak memerhati melodi satu-per satu demi mencari nota yang sesuai… Jadi saya ikut suka hati je create back ground music yang dirasakan hampir menyamai melodi back ground asal dan bersesuaian dan di chorus saya terus main nota melodi lagu itu sendiri (mode dah malas nak cari melodi background). Bebudak main guitar ni jugak seronok sebab nota chord berlambak-lambak dalam internet. Saya je yang pecah kepala nak cari nota keyboard.

Tapi akhirnya Berjaya jugak persembahan kami walaupun kedengaran agak sumbang……

Parenting Tips
Ramai kekawan tak caya saya boleh main keyboard. saya dah main depan mata baru percaya. Ok… main music utk membanyakkan lagi cecabang otak yee… tarak lebih dari itu… macam mana dia boleh membanyakkan lagi cecabang otak? Rahsianya… bila kita suka satu lagu… jangan ambil shortcut cari nota di internet… silalah cari sendiri. Setakat nak cari melodi lagu senang sikit berbanding nak cari melodi banckground lagu….. kalau melodi lagu sudah ada dalam kepala dan kita pun dah biasa dengan sound every key, biasanya sekali tekan je terus kena… best kan… selain dari itu, pergerakkan tangan (kalau dua tangan lagi bagus) yang banyak pun dapat meningkatkan fungsi otak. Jadi otak tak mati cepat… 

semua adik beradik saya dari abang, kakak, Doc hasni dan PinchMe fatini semuanya boleh main keyboard ni. tinggal terror dengan tak terror je (saya lah yang paling terror kot; pinch me Fatini sila jawab). tapi yang masih maintain bermain hanya saya dan pinch me Fatini dan kadang-kadang Doc Hasni. mungkin sebab location keyboard di kajang bukan di selama jadi tak dapat dia nak main sokmo.

Nak banyakkan cecabang otak bukan hanya main muzik sahaja… ada banyak bermacam cara lagi. Lagi banyak cara kita apply lagi bagus.. jangan tumpu pada satu sahaja. Lain application mewujud corak cabangan yang berlainan. Jadi kalau main muzik jer… cabang otak kita bercambah dengan hanya satu corak… jadi banyakkanlah aktiviti yang boleh membanyakkan cabang dan membanyakkan corak/jenis cabang terutama kepada anak-anak kita….


2 comments:

  1. terror ye kamu....tapi mama yg. pandai petik dulu dari kamu .Mama dan abah cadang dulu2 nak lengkap satu band tapi takut kamu jadi penyanyi.

    ReplyDelete
  2. thank you amam n abah for evething genius you have done to us. tapi kalau kalau kitorang dapat complete satu band yang jadi penyanyi mama lerr...

    ReplyDelete

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...