Rutin bekerja saya berlaku
seperti biasa hari ini. Tengahari, sebelum saya ambil anak di tadika utk hantar
ke rumah Pengasuhnya… saya singgah ke kafe tapau nasi untuk makan tengahari
beserta teh o ais limau penghilang dahaga hari itu…sampai sahaja di Rumah
pengasuh, terus saya melangkah buat pitt stop sekejap melihat anak bujang saya
yang akan berumur 1 tahun minggu depan belum tidur (tengahari) dan sedang memandang
saya. Hampir setengah jam melayan anak-anak disana lantas saya mengundur diri. Saya
singgah lagi ke kafe lagi pesan teh o ais bungkus kerana teh o ais sebelumnya
telah dikebas oleh anak dara saya… kemudian baru saya masuk ke pejabat.
Sampai sahaja terus saya
buka bungkusan air… terus disedut..
panas hari ini memang sejuk tekak minum teh o ais limau. Dari dalam kereta tadi
dah terbayang rasa limau masam manis. Sejurus diminum… pahit… emmm akak tu lupa
nak letak gula agaknya. Tak apalah… bukan rezeki saya agaknya nak merasa nikmat
air yang sedap tekak. Tapi saya sedut jugak… hampir separuh plastic. Pahit pun
saya telan jugak. Rugi… air dah dibeli. Kemudian saya keluar dari pejabat ke
beberapa destinasi pegawai sekitar untuk urusan kerja.
Lebih kurang 40 minit
kemudian baru saya masuk semula ke konti pejabat saya. Saya lihat ada the o ais
limau tak berbuka dan berusik atas meja. Kata staff saya…
“ada orang hantar teh tu…
dia kata tadi dia lupa masukkan gula”
Haaa… terkedu sekejap saya…
hanya sebungkus teh yang nilainya lebih kurang seringgit sanggup dia buat
semula dan hantar terus ke pintu konti saya.
Bagi saya walaupun saya
tidaklah mengenali dekat dia… tapi itu perbandingan orang yang beriman. Sama ada
ia adalah persoalan halal haram mahupun soal dihimpit rasa bersalah, jelasnya
hatinya didorongi sifat yang betul dan terpuji sehingga sanggup “memulangkan” teh
o ais yang tak seberapa nilainya…
Dalam hati saya pulak…
saya dah sedut dah teh sebelum tu… saya nak pulangkan ke??? Esok saya akan ke
sana lagi… sekurangnya mengucapkan terima kasih dan mohon dihalalkan teh o
limau pahit yang saya dah minum tu….
Hari itu merasa jugak saya
Teh o ais limau yang enak….
##orang yang beriman tak
pernah tergugat mengambil harta bukan miliknya sekalipun sebesar zarah,
berbanding orang yang lemah iman nya… ia akan hilang rasa gentarnya (takut
kepada Allah)###
Ya Allah, Jadikanlah kami insan-insan
yang beriman, yang takut akan kesalahan yang dimurkai Mu.
Amin…
No comments:
Post a Comment