Friday, March 11, 2011

Boss Memilih ..Pekerja Pesimis...




SAYA optimis bahawa situasi begini tidak hanya organisasi saya bekerja, tidak hanya dalam jabatan kerajaan tapi di mana-mana sahaja.

Sebagai orang di bawah, saya mempuat interpretasi sendiri. “Ia berlaku untuk memudahkan orang yang diatas”. Pentafsiran ini mungkin satu hipotesis yang lemah. Tapi masih satu kemungkinan.

Saya hairan kenapa ia boleh berlaku. Kerana kita sebagai pekerja telah diberi tugas dan tanggungjawab masing-masing. Kalau di jabatan kerajaan, sudah termaktub dalam fail meja semua tugasan kita.  Tapi bila kerja dibentang atau diterima oleh ketua, tidak pula diberikan kepada pekerja yang sepatutnya. Seringkali kerja yang ditafsir penting oleh golongan ketua-ketua ini, hanya akan diberi kepada pekerja yang dipercayai walaupun bukan dalam bidang tugasnya; walaupun ada sebenarnya pekerja yang bertanggungjawab terhadap tugas tersebut.

Saya melihat situasi begini boleh menimbulkan akibat negative jangka masa panjang walaupun ia membawa kesan positif bagi masa pendek.

Kesan positif jangka pendek:
1.      Kerja yang diberi mudah dipantau ketua, kerana pekerja tersebut biasanya mempunyai hubungan baik dengan ketua.
2.      Mendapat hasil yang dikehendaki, maklumlah pekerja yang dipercayai membuat tegasan ini.

Kesan Negatif Jangka pendek
1.      Perkerja yang dipercayai dibebani tugas yang tinggi. Ia tidak hanya menyelesaikan tugas hakikinya, malah perlu menyelesaikan tugas orang lain yang diarahkan kepadanya.

Kesan Negatif Jangka Panjang
1.      Pembahagian tugas yang tidak sekata dikalangan pekerja
2.      Wujud sifat tidak bertanggungjawab bagi pekerja yang tidak dihiraukan.
3.      Timbul rasa stress
4.      Mewujudkan suasana yang tidak harmoni
5.      Pekerja yang tidak dipercayai tidak dapat meningkatkan kompetensi diri


Bagi saya saya tidak kisah mengenai perasaan individu tertentu. Sama ada bagi pihak yang diberi amanat ataupun bagi pihak yang tidak diberi tugas. Apa yang lebih membimbangkan adalah sikap dan tanggungjawab  pekerja yang tersisih daripada tugas ini. Rasionalnya kita, bila kerja kita diberi kepada orang lain itu bermakna kita tidak lagi kompeten. Seharusnya kita perlu memajukan diri mempamerkan keyakinan dan sikap majukan diri kepada ketua supaya kita dipercayai untuk memikul tanggungjawab dan tegasan kita. Namun, saya amat kecewa, apabila pekerja yang tidak diberi tugas ini mengambil ringan malah mengambil kesempatan. Begi sesetengah pekerja, tidak mempunyai kerja atau relex menjadi satu kebanggaan. Saya tidak faham bagaimana orang seperti ini tidak mahu memajukan diri dan sanggup melihat rakannya bertungkus lumus sedangkan dirinya atang ke pejabat tanpa tujuan. Jika rasa diri kekurangan ilmu, pergilah belajar. Tidak kira dari orang bawahan atau pun di atas. Jika rasa kurang motivasi, dapatkan kaunselor atau psikologist. Di jabatan kerajaan, bukankah sudah tersedia kemudahan tersebut. Jika rasa diri tidak sesuai dengan tegasan atau pun bidang kerja yang diberikan, berbincanglah dengan ketua untuk ditukarkan ke unit lain yang dirasaka mampu menjana tenaga untuk bekerja. Jika rasa sudah tidak sesuai bekerja makan gaji mengikut arahan orang lain… BERHENTI KERJALAH! Pendapat saya ini mungkin agak kasar. Tapi apa lagi nak dikata dengan orang yang berkerja makan gaji tapi kerjanya tak setimpal dengan besar gaji yang diterima.

Pekerja yang pesimis sebegini biasanya akan menyalah ketua masing-masing. Katanya sudah boss tak nak bagi kerja, atau boss hanya lebih kan si A… atau pun kerana boss tak suruh saya…

Pekerja adalah orang paling bersalah dalam perkara ini. Namun ketua juga harus memikul tanggungjawab kerana sedikit sebanyak menyediakan acuan untuk menjadikan pekerja sebegini. Kebanyakkan ketua, mahu tugas yang diberikan dilaksanakan segera dengan hasil yang baik. Biasanya tugas sebegini mampu dilakukan oleh pekerja yang berpengalaman. Seorang ketua perlu lebih bersabar terhadap seorang pekerja yang sering melakukan kesalahan. Bimbingan dan motivasi berterusan perlu diberikan. Jika tidak ia akan menghasilkan pekerja pesimis seperti yang telah dibicarakan  sebentar tadi. Ketua dan rakan sepasukan memang memainkan peranan penting dalam memastikan kesinambungan dan relivensi seorang pekerja. Dalam masa yang sama pekerja tersebut perlu menunjukan sikap optimis dan ingin belajar untuk memajukan diri dan kerjaya.

 
SAYA???
Jujurnya saya sakit mata melihat orang yang tidak ada kerja dan membuang masa bila rakan disebelah biliknya berhempas pulas menyiapkan kerja dengan bebanan yang cukup tinggi. Jujurnya saya memang memandang tinggi orang yang sedang berhempas pulas itu…

Mujur situasi ini bukan di Cawangan saya. Mujur juga rakan sepasukan saya orangnya sentiasa menyokong dan membantu antara satu sama lain. Mujur mendapat rakan kerja yang mahu memikul tanggungjawab yang merentasi tugas dan bahagian.






No comments:

Post a Comment

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...