Tuesday, March 08, 2011

Minat Membaca

Aieshah sewaktu 6 bulan


Dari Aieshah kecil lagi, Ayah dan Bonda dah beli buku untuk Aieshah. Aieshah memang suka belek. Buku Aishah dulu Cuma ada gambar dan a word sahaja. Buku Aieshah sekarang dah ada cerita pendek. Tak sangka pula Aieshah sangat suka baca buku. Pantang Nampak buku dia, Aieshah ambil n bagi bonda suruh baca. Dah habis baca minta ulang-ulang dan ulang. Sampai bonda pun dah tak larat nak layan.

Ada kala bonda penat sangat. Bila bonda Nampak buku dia, bonda sorok tak nak bagi Aieshah Nampak. Kalau tak nanti mesti aieshah suruh bonda bacakan dan ulang-ulang. Jahat betul bondakan. Itu kalau bonda dah penat sangat. Tapi rasanya tiap-tiap malam bonda tak pernah miss baca buku untuk aieshah.
Buku words aieshah memang banyak. Tapi buku cerita bergambar baru dua. Dua tulah yang aieshah selalu suruh bonda baca. Buku tu jugak lah yang Aieshah belek tiap-tiap hari…

Minggu ni kita pergi kedai buku belikan buku lagi yek.

Asyik membaca dengan bahasa yang tidak difahami...


Tapi yang bestnya…. Bila aieshah baca buku sorang-sorang…. Sebijik macam bonda baca. Cuma di translate dalam babinglish (baby English) yang bonda pun tak faham. Tapi beria betul aieshah baca. Macam betul saja…siap tangan tu tunjuk-tunjuk lagi…. Ho ho… terkekek kekek bonda dalam hati. Tapi tak pe. Biar lah Aieshah suka membaca.

Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya….

No comments:

Post a Comment

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...