Monday, March 07, 2011

Badminton


Dah lama jugak dewan badminton buka di Serdang Raya tu. Rasanya tahun 2009 lagi. Ataupun awal 2010. Tapi tak ada kesempatan pergi main. Tahun 2009 saya mengandung. Tahun 2010 saya berpantang agak lama sebab bersalin operation. Jadi tahun 2011 ni lah baru nak melasak sikit.

Keadaan gelanggang ok. Sewanya mahal sikit. Tapi masih mampu. RM 20 sejam. dia bagi gelanggang, dan net sekali. Sewa reket dan Shuttle tak ada. Jadi kena bawa sendiri. Rasanya dalam 4 kali sudah saya bermain di sini. saya biasanya main waktu malam. dalam pukul 9-10 malam. atau pun dari 10-11 malam. sebabnya, malam baru ada kelapangan. Tapi tak kisah. Sebab depan rumah sahaja.

Suami jadi rakan setia bermain. Kadang-kadang adik ikut sekali. Aieshah pun saya heret. Nak pergi main badminton ni saya tunggu sanak saudara datang kerumah. kalau saya dan suami berdua, susah jugak. siapa nak jaga Aieshah. Jadi bila adik di rumah, saya ambil kesempatan pergi bermain.

Sejam bermain boleh dapat 4 set. huh memang berpeluh. dah lah dalam dewannya panas. jadi peluh macam dah pusing padang 3 x. berbaloi kan....

Sampai bila boleh main ni tak tahu lah. sebab mungkin bulan ni dah nak pindah ke kajang. Kalau nak terus main, kena cari port baru yang dekat sikit...

No comments:

Post a Comment

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...