Thursday, March 31, 2011

UNIVERSITI KITA GILA RANKING??




Saya tertarik dengan satu berita akbar UTUSAN MALAYSIA 31 mac 2011halaman 7 yang bertajuk “UITM tidak berminat sertai sistem Ranking”
Komen yang diberikan oleh NC UITM Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar memang menarik.

Namun hanya saparuh kenyataannya sahaja saya setuju.
Pertama bila diterangkan sebab mengapa UITM tidak mahu menyertai sistem ranking… Alasan yang diberikan kerana UITM mempunyai agenda sendiri. Di buat perbandingan dengan Universiti Harvard (yang saya rasa bukan satu perbandingan tepat),

Saya mengucapkan tahniah kepada UITM kerana masih terus memperjuankan hak bumiputera dan mereka yang kurang berpendapatan dalam melanjutkan pelajaran sesuai dengan objektif penubuhan UITM yang asal.

Namun saya merasakan sedikit tidak kena dan terkejut apabila beliau mamaklumkan bahawa adanya sesetengah pihak yang membuat perlabelan gila Ranking.

Walaupun kita tidak mendapat manfaat secara total melalui sistem ranking, ia tetap memberi kebaikan. Pertama, dalam menyahut seruan kerajaan yang meng-antarabangsakan Sistem Pendidikan Tinggi. Dengan menyertai sistem ranking ini, secara tidak langsung, mahu tidak mahu, pihak pengurusan universiti perlu lebih berfikiran jauh untuk menjadikan sistem universiti tersebut lebih kompetitif untuk bersaing. Ini menjadikan pengurusan Universiti tidak leka, malah sentiasa berdaya maju untuk mengangkat martabat universiti ke peringkat dunia. Malah kriteria yang ditetapkan untuk pemarkahan ranking university ini amat baik untuk diaplikasikan dan menjadikan university lebih relevan. (cth: bil penerbitan ilmiah dan penglibatan di peringkat global).saya berfikir... apakah keburukan yang dibawa oleh sistem ranking ini. adakah dengan mendapat tempat tercorot adalah satu keburukan?? mungkin ya. tapi ia menjadikan satu cabaran untuk berusaha. ia menjadi atu kayu ukur kepada kita... Denagn adanya sistem ranking ini, matlamat untuk mewujudkan Universiti APEX dalam pelan strategik pengajian tinggi negara akan terlaksana.

Saya kira, universiti perdana negara ini mengambil pelajar berdasatkan sistem meritokrasi ; gred pemarkahan / keputusan peperiksaan, yang adil tidak mengambil kira status dan latar belakang pelajar (kecuali bagi ‘bumiputera’ bagi universiti yang masih mengguna sistem meritokrasi berkuota). Jadi tidak timbul persoalan keciciran  pengambil pelajar miskin. Persaingan yang diwujudkan antara IPT hari ini saya kira sangat sihat dan tidak ketepikan persoalan remeh tersebut. Seandainya pelajar miskin tersebut layak ke Universiti Malaya atau Universiti Sains Malaysia, status miskin tersebut tidak menjadikan pelajar itu tidak layak ke universiti berkenaan. Namun kredit perlu diberikan kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang terus menjadi penyokong pelajar tidak berkemampuan meneruskan pengajian dengan memberi dana kewangan kepada semua pelajar yang layak tidak kira di universiti manapun dia berada.

Lebih tidak kena, bila mengaitkan dengan frasa ‘gila ranking’ oleh ‘sesetengah pihak’. Justeru adalah tidak adil untuk ‘sesetengah pihak’ tersebut melabelkan universiti-universiti tempatan yang berani menyahut cabaran sistem ranking ini sebagai gila ranking.Kedudukan bahasa melayu tetap perlu dipertahanankan dan tidak boleh diketepikan hanya kerana ranking... namun saya melihat ia bukan satu sebab untuk tidak dapat menerajui ranking. dalam ranking dunia pun, banyak universiti-universiti luar yang masing-masing masih membudayakan bahasa ibunda. hanya apabila membuat penglibatan antarbangsa seperti penerbitan di dalam jurnal antarabangsa, ia ditulis dalam bahasa inggeris.

Masyarakat sepatutnya tahu, dengan inisiatif beberapa IPT inilah, nama Malaysia dapat terukir dalam Universiti-Universiti bertaraf dunia. Dengan inisiatif Universiti-universiti inilah, maka berlakunya lonjakan ekonomi dalam dalam sektor pendidikan negara (kerana kemasukan ramai pelajar asing), dan sepatutnya kita perlu berterima kasih, kerana universiti-universiti inilah yang menjadi penyelamat kepada negara agar tidak dilabel sebagai negara yang mempunyai pendidikan di takuk lama. Universiti-universiti inilah yang membuka mata dunia dalam memberi terjemahan bahawa Pendidikan Malaysia setanding dengan Universiti lain di dunia dan Malaysia semakin hampir untuk menjadi Hab kecemerlangan pendidikan tinggi antarabangsa.

Ia sepatutnya menjadi kebanggaan bersama bukan satu sindiran. Justeru, beliau tidak boleh mengeluarkan kenyataan menarik nafas lega kerana tidak dilabelkan sebagai gila ranking. Ia seolah-olah tidak menghargai ketekunan dan komitmen Naib Canselor Universiti lain yang sanggup ketepikan perlabelan ‘gila ranking’ oleh ‘sesetengah pihak dalam menaikkan nama universiti dan Malaysia. Bagi saya ia tidak mengambarkan sikap menyokong dan menghargai usaha memartabatkan universiti ke peringkat global.

Bagi saya 
bila kita bersaing…
biarkanlah dengan Harvard dengan sistem pengurusan Harvard.
Bila kita mahu bersaing
 tidak semestinya kita perlu tukar kepada sistem universiti Harvard.
Ranking memang membawa kepada budaya persaingan
namun ia satu persaingan yang sihat
persaingan yang membawa kebaikan 
dan bila bersaing
sudah jadi adat
mesti ada pemenang (ranking teratas)
tak kan lah kita yang nak cakap
yang dapat nombor satu itu gila ranking
tak kan lah kita nak cakap 
yang berusaha untuk dapat nombor satu itu pun gila ranking
kerana dia dapat atas usaha dia...
 sekurangnya... hargailah dia.
namun...
jangan sampai ketepikan budaya dan bahasa....
 
mungkin kita perlu baca kembali
sebagi panduan diri
pelan strategik Pendidikan tinggi negara




No comments:

Post a Comment

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...