Friday, May 25, 2012

Selamat Tinggal Rumah Yang Comel


Rumah apartment di cheras/ Bandar Tun Razak dah siap… dah dalam proses jual pun… atau lebih tepat dah pun jual… masa berlalu sekejap sahaja… dah dua tahun…

Dah pergi tengok…dah ambil kunci pun… dah lama dah… adalah dalam sebulan yang lepas… sayangnya terlupa ambil gambar… excited tengok rumah baru walaupun tahu tak duduk rumah tu…

Rumahnya kecil dan comel… lebih kecil dari apartment mama di Serdang. Tapi finishingnya cantik sangat. Tak hairanlah kenapa mahal sangat developer jual…. Cantik… memang cantik (mod menyesal sebab tak ambil gambar…). Lantainya tile 2 kaki. Biliknya berlantai kayu. 3 bilik tidur 2 bilik air. Alahai… bilik-biliknya comel sangat. Pandai betul interior arkiteknya padankan dengan ruang dan saiz. Kena saja mata saya lihatnya… paling suka bila lihat kedudukan wayar untuk lampu kipas dan aircond… sangat teratur dan tersusun malah seolah telah di plan secara interior décor, untuk lampu utama, lampu malap, lampu tidur… semuanya telah tersedia … tak payah rewiring lagi……bila tengok ruang kosong pun dah suka apatah lagi bila tengok ruang contoh yang developer sediakan (kebetulan kat sebelah rumah je…). Lengkap dengan perabot dan dihias bagai… lagilah comel… (mod terasa tak nak jual… nak ambil balik…)  Rumah yang dibeli lengkap dengan cabinet dapur dan plaster siling… tak payah buyer kami tu nak tambah lagi… kecualilah kalau dia tak berkenan…

Ikut hawa nafsu… rasa macam tak nak jual…. Tapi tak bolehlah… kenalah jual jugak bagi mengurangkan komitment tanggungan setiap bulan… bukan sikit bayaran bulanan rumah tu…. satu per empat gaji pokok saya. Waktu mula mula beli… en wan yang bayar… tak banyak mana… seratus dua sahaja… tapi bila dah makin tinggi progressnya…makin tinggilah bayarannya… diserahkan tampuk komitment kepada saya pulak…  keh keh… en wan dah banyak sangat komitment lain …. Sama jumlahnya dengan insuran kami tiga beranak….

Jadi dengan rasminya terjuallah apartment Putra Suria Residensi tingkat empat end lot… itu pada seorang manager bank RHB wanita yang single tapi dah berumur…. Sesuailah dia dengan rumah tu…. LRT cheras kat sebelah sahaja… senang nak gi kerja kat KL tu…. kalau naik kereta pun… 5 minit je kan… (tolak tepi jem). Siap dah mintak dari kami nak masuk dulu buat renovation…

Untungnya bolehlah buat bayar hutang PTPTN kami berdua… plus lagi dengan Yayasan Perak…. Itu kira tengah berangan lah tu…. sebab untungnya tak dapat pun lagi… masih dalam progress… semoga segala proses dipermudahkan… (mod tangan kanan tengah gatal…
).

Sebenarnya belum siap rumah tu lagi… dah berdozen agen telefon cakap dah ada ready buyer… tak ada pun kami pasang iklan atau agen nak jual…kami sendiri pun tak tahu yang rumah dah nak siap…. Entah mana egen-egen tu dapat no telefon kami pun tak tau…. Tapi dalam banyak-banyak buyer yang diperkenalkan berkenan nak jual dengan cik bank ni….melayu… dah memang hajat nak duduk kat situ pun…yang lain banyak ca ya nun alif..(walau pun di offer dengan harga tinggi…. Mod tengah tak tamak waktu tu…)  lagi pun tengok kedudukan  kewangan pun tersangatlah mantap (patut boleh beli rumah semi D)… maka mengikut perkiraan kami tak adalah susah nanti nak opprove bank loan… (sebab dia pun kerja bank kan…). hari tu kami finalkan nak jual… esok jugak dia dah hantar cek untuk booking… ( emmm cepat tul minah ni…), seminggu lepas tu pre agreement, dua minggu lepas terus S&P (cepat betul lawyer dia buat kerja). sekarang dah mintak nak buat early renovation kat rumah tu….sebab nanti lepas tukar nama dan full payment… nak terus duduk kat situ… (semoga lepas renovation siap… belum tukar nama lagi… bolehlah saya gi tengok kan…).

Nak tukar nama susah sikit… sebab en wan beli rumah ni menggunakan keistimewaan staf DBKL (sempat rembat satu rumah sebelum kerja kat hospital). Jadi tersangatlah banyak birokrasi nak menukar nama (ni komen lawyer). Mau 2-3 bulan sebab nak kena signature datuk Bandar…

Sebab lupa nak ambil gambar… maka untuk tatapan tengok je lah iklan yang ada kat internet nih… tapi sedikit lain lah… sebab rasanya ini type yang lain sikit… (lebih kecil). Tapi lebih kuranglah… ha ha siap ada no agen lagi…. Call-call jika berminat…. Apartment ini bersebelahan dengan LRT cheras, mempunyai pusat kemudahan seperti parking, playground, 24 hr security, surau, tadika, covered parking, dan bersebelahan dengan deretan kedai-kedai yang amat berguna untuk keperluan harian….

pelan lantai

Bangunan yang dah siap

Main entrance dan dapur

Living hall

Bath Room


1 comment:

  1. hasna, kitorg pun pernah usha putra residensi ni...memang cantik,comel..mmg dekat dgn rumah kitorg sewa ni....kat sri permaisuri ni mmg good investment..sewa pun senang rasanya....

    ReplyDelete

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...