Thursday, May 03, 2012

Laman dan Cameron Highland...


Cuti 4 hari… sabtu sampai hari buruh (selasa). En wan kerja hari sabtu… jadi berdua dengan aiesyah kat rumah… memandangkan berat saya sekarang tersangatlah berat dalam sejarah dah 73 kilo… mengemas rumah sedikit tidak releven ditambah lagi dengan masalah tulang belakang yang macam nak terlerai sampai doc suruh makan pil kalsium 2 biji sehari…

Tapi tak tahan lah… walaupun en wan pesan suruh duduk diam…. Laman kat depan tu dah Nampak cam rumah tinggal dengan pokok buluh dah beranak tiga menggunung sudah… Jadik… dengan nekadnya kita bertaman sepanjang pagi sabtu. Aiesyah pun tersangat rajin… dialah yang mencabut semua pokok-pokok liar termasuklah pokok yang tak liar dan memetik semua bunga-bungaan sehingga pokok bunga kelihatan togel…. Pokok buluh telah dikerat separuh menjadikan ia katik sikit… huhhh.. penuh dua bakul besar sampah yang terdiri daripada daun dan sisa pokok…. Baru Nampak clear sikit tak ada lah cam rumah tinggal….

Malam tu merana sakit belakang hoo…

Sebab dah berpenat… en wan pun ajak pergi jejalan esoknya… asalnya nak pergi PD sahaja… destinasi yang selalu sangat kami pergi… saja bawa aiesyah jalan-jalan sikit. Tengah perjalanan saya tetiba teringin nak pergi Cameron highland… emmm time tu jugak pusing balik menuju kearah utara…  kami naik ikut tapah… follow the nature sikit. Singgah sekejap di lata iskandar. Aiesyahlah paling seronok… tak mandi pun. Berendam kaki sahaja. Adalah dalam setengah jam…

Sesampai di Cameron… kami singgah dulu di ladang teh bharat. Aisyah sangat excited! Seronok betul anak dara ni berlari dengan tiupan aingin menujah sejuk… in kali pertama aiesyah dan ayahnya sampai di sini… jadi dua beranak ni memang enjoy habis dengan view ladang teh bak saujana mata memandang...

Malamnya cam biasalah aktiviti night market… tapi tak beli apapun… sebab memang tak ada hajat nak shopping… aiesyah aje yang dapat bantal strawberry…esoknya baru kami berjalan ke cactus valley… huh… orang sekeliling semua pakat jeling tengok mak buyung panjat bukit/tangga sampai atas pulak tu… gara-gara melayan aieyah yang kakinya laju aje redah tangga. Sedar-tak sedar dah sampai teres paling atas. Really enjoy the view and the beauty of flowers here… asalnya pagi tu nak pergi ladang boh... tapi sebab malam tadi hujan lebat... saya rasa jalan yang macam bukan jalan nak ke ladang teh boh tu tak mengizinkan kami pergi...

On the way balik singgah sekejap di lading strawberry dan beberapa farm… then terus turun bawah….balik ikut simpang pulai…..

Here are some nice pictures of Aiesyah….  Dia memang tengah mood tersangat suka bergambar…






 Apa yang dibeli setelah dua hari disana?? tarak ada... cuma bantal sebiji dan sebiji mug untuk mengisi koleksi di ruang english deco... 

kata cik wan... next mission nak pergi bukit tinggi.... kalau dapat together dengan http://bolianahmad.blogspot.com/  dan http://pinchmefatini.blogspot.com/ lagi bagus....
bila? bila? u tell me???

1 comment:

  1. cameron highland pun kami tak penah sampai lagi,, pathetic me :(

    Fraser Hill mau ? *winkwink*

    ReplyDelete

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...