Friday, June 07, 2013

Android Quran


Assalamualaikum dan salam Penghulu Segala Hari


Bagi mereka (muslim) yang mempunyai smartphone mahupun android, aplikasi Quran adalah antara yang menjadi kemestian untuk di 'downloadkan' ke dalam android anda. saya panggil Quran Adroid. Mungkin boleh juga dipanggil quran elektronik (elektronic quran), quran maya, quran digital, atau apa-apa pangilan yang seangkatan mahupun bersesuaian. tapi saya rasa paling tepat tetap quran adroid...

saya juga tidak terlepas dengan mencuba beberapa versi quran android. hampir kesemua versi yang berada di pasaran (free version) telah saya cuba... (seriously install and uninstall all the version).

dan akhirnya saya menjumpai satu yang menjadi pilihan hati saya...

 1?
seperti kitab manual
kalau kita jenis yang baca quran manual (kitab) dan dah biasa dengan tulisan dan mashaf ushmani di tambah lagi dengan cerewet dari sudut penglihatan (photografik brain) macam saya ni.... saya nak quran android saya pun nampak sama macam dalam buku / kitab yang saya selalu baca....

 2?
boleh ditanda...
jadi kita boleh tanda sampai mana kita baca dan pada bila-bila masa boleh recall balik untuk sambung.

3?
lebih dari satu tanda
banyak versi android hanya allow untuk satu tanda sahaja. jadi bila kita yang lain, tanda sebelumnya akan hilang. dan kalau nak ia kekal kena upgrade kepada yang berbayar. tapi versi yang ini allow untuk buat tandaan lebih dari 10. mungkin 20 kot. jadi bukan sahaja boleh tanda surah yang sedang kita baca malah boleh juga tanda surah-surah pilihan seperti Ya-seen, Al Mulk, Al-Kahfi dll lagi. 

4?
Audio.
Juga didatangkan dengan Audio dari Ust Abdul Al-Basit. ada lagi pilihan lain tapi yang lain kena upgrade kepada berbayar... Cuma audio dia ni tak termasuk dengan pakej asal... dan perlu didowload berasingkan dan menambah kapasiti memori. jadi saya hanya download audio untuk surah-surah tertentu sahaja bagi menjimatkan kapasiti penggunaaan memori.

5?
Terjemahan
sama dengan audio. di download berasingan. tapi memori untuk dowload terjemahan ini mengambil lebih kurang 4kb sahaja.

6?
Ruang Penstroran Minimum
 Oleh sebab saya tak download sangat audio, kapasiti penggunaan memori kad secara total hanya 3.27 MB.

7?
sesuai dengan sumsung gadget (mine is galaxy tab 11, 7.2 )
sangat compatible dengan galaxy tab saya. tiada kecacatan, tiada huruf tertinggal (which always happen to other quran android).

ini adalah icon dia...


Senarai surah. Boleh ditukar menggunakan tulisan arab mahupun tulisan abjad

interface untuk muka quran... samakan dengan kitab manual mashaf usmani.... (kan? kan?)




compatible untuk di tunggang terbalikkan. jadi kalau di horozontalkan, tulisannnya lebih besar dan mudah dibaca. dan digerakkan menggunakan jari.



Tag atau bookmark. beberapa surah yang saya bookmarkkan dan salah satu adalah recent page yang saya baca. bagi menanda recent page... jangan lupa untagkan yang sebelumnya. kalau tak setiap page kita baca baca nanti semuanya di taggingkan... cam ne nak tau recent page kan... tapi gambar dia kelabulah appear kat blog ni... minta maaf atas kekurangan teknikal ini...

How?

cara install adalah buat carian melalaui samsung app' atau playstore atau apa-apa engine yang berbentuk downloader dan taip
Quran adroid

pastikan versi yang dipilih adalah versi baru iaitu version 2.3.1. version lama adalah 2.3.0 dan

tekan install dan buka aplikasi selepas habis dimuat turun... jika berlaku kegagalan ataupun kecacatan pada aplikasi anda, uninstall dan reinstall semula. pastikan talian wi-fi / internet anda berfungsi dengan baik....

dengan aplikasi ini... 
kita tidak ada masalah untuk recite quran dimana sahaja tanpa perlu risau terlupa bawa quran terutamanya bagi mereka yang selalu out station....

So...
Bolehlah anda semua mencubanya...
ia sesuai untuk saya
mungkin juga anda...?

Selain aplikasi ini saya juga ada downloadkan aplikasi al-mulk, al mathusat dan manzil. tapi hari lainlah kita citer....


2 comments:

  1. tq berkongsi,..nnt boleh uplod...bulan puasa mmg sesuai sgt nak mula hobi baca quran ni...tq singgah blog saya yew..

    ReplyDelete
  2. Tq berkongsi...

    Saya dah laam download di smartfon & tab saya Quran Android jenis iQuran Lite...ada recitation oleh Sheikh Husary..sheikh2 Masjidil Haram yg lain kena bayar kalau nak dengar :)

    Yg awak share ni best juga, sebab interface nya..
    Saya akn cuba download...TQ :)

    ReplyDelete

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...