Thursday, May 17, 2012

3 Zikir Ku...



 Ya Tuhan…
Kau ampunilah segala dosa-dosaku
yang menyelinap pelusuk darah dagingku



Ya Tuhan…
Kau beratkanlah timbangan amal baik ku
Di Neraca Mizan Mu…
walauku tahu
amal ku tidak seberat dosaku...

Ya Muhammad
Ku mengharap akan syafaat mu
Keluarkanlah aku dari balasan neraka ku
Sepertimana Janjimu
pada aku yang mengaku keRasulan mu
pada aku yang merindui kamu
sedangkan kau ghaib bagi ku


Agar Nampak akan daku
Engkau 
di Mizan ku
Di Kauthar mu
di Himpunan Mashar Tuhan ku

itu 3 zikir ku... 

andai aku bukan pilihan Mu
usah kau heret walidaiya ku
biar tetap dapat ku senyum
bila keduanya kau jadikan kekasihmu

3 zikirku
ku hantar untuk walidaiya ku...




(pena menulis, Mei 2012)

Wednesday, May 16, 2012

Guru....

Selamat Hari Guru buat Guru-guru/Pesara Guru Sekolah Kebangsaan pengkalan Hulu, Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Menteri, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Hj Hussein, Sekolah Menengah Sains Pokok Sena dan Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. 

The Most Special Wish to Mama dan Abah, Cikgu Bolian dan Cikgu Che Had

My Sister Cikgu Farah

dan semua guru-guru dan pesara-pesara guru yang telah mencurah bakti ilmu...

Semoga dihadiahkan umur yang panjang,
rezeki bergantang,
kebahagian dan kesihatan yang kekal berpanjangan


Thursday, May 10, 2012

KEMBAR AIR...



en wan guna bahasa lagi best. Waktu mula-mula dia tanya saya air ketuban tu apa? Saya pun jawablah air yang ada kat perut yang menampung sekeliling baby. Jawab en wan lagi ‘ ohhh bagi lah tau cecair amnion baru b paham’. Agaknya orang yang kerja hospital memang cam tu… guna bahasa sctifik sentiasa… saya yang blur sekejap… tapi lepas tu kalau saya sembang dgn dia saya guna jugak istilah cecair amnion… (skema betul)

Doc kata air ketuban saya banyak…(bidan panggil kembar air). actually yang detect air ketuban saya banyak adalah ocenographer detail scan saya… dia yang detect air ketuban saya banyak…(1 bulan yang lepas) kalau saya tak buat detail scan agaknya sampai sekarang tak tau pun pasal air ketuban banyak. Bila oceanographer tu detect air ketuban banyak… dia pun buat detail scan yang tersangatlah detail dan berulang-ulang kali… pertama sebab baby yang memang sangat aktif sampai susah nak ambil port. Yang kedua… katanya memang prosedur ibu air ketuban banyak perlu di detail scankan berulang kali…

Waktu ni saya tak faham lagi… jadi saya tak risau.. sampailah saya jumpa doc balik (2minggu yang lepas). Dan doc pun dah maklum yang saya dah disahkan air ketuban banyak… doc tak puas hati… dia pun kira lagi… emmm memang banyak pun… sambil dia mengira doc terang kat saya…

Air ketuban banyak mempunyai 3 punca utama.
Pertama disebabkan obnormal oleh baby (30%). Tapi sebab saya dah buat detail scan dgn ocenografer So far baby ok. Jantung, paru-paru, ginjal, otak, pundi kencing, usus, tulang, dll. So Doc pun reject cause peertama ni.

Sebab kedua kerana ibu kencing manis (30%). History family saya memang tak ada kencing manis… jadi Doc blur sekejap… walaupun sangat rendah risiko saya ada kencing manis Doc tetap buat ujian kencing manis.

Sebab ketiga adalah tidak diketahui puncanya atau mungkin pasti adalah disebabkan pembawaan ibu atau anak. Jadi doc pun Tanya… dalam family ada tak kakak yang selalu bersalin awal..atau ibu dulu pun selalu bersalin awal… hehe cam tau je Doc ni. Saya pun dengan confident jawab… oh  kakak saya 4 orang anak semua awal 2 minggu. 

OOOoo Doc senyum panjang… kakak tu biasa check kat mana?
Saya pun terang… kakak check kat klinik kesihatan…
Kata doc… bagi wanita yang check kat klinik kesihatan kerajaan hampir tak dapat detect jumlah air ketuban sebab tak di scan. Apatah lagi detail scan. Tapi kerajaan tetap menjalankan ujian kencing manis untuk check kandungan gula… jadi kalau kakak awal tu tak ada kencing manis… maknanya yang membuatkan dia bersalin awal kemungkinan besar air ketuban banyaklah… tapi sebab dah buat ujian kencing manis… kalau tak ada kencing manis tak ada masalah. Jadi tak perlu di scan pun… terang doc… nak bagi tau saya prosedur kerajaan pun bagus jugak…dan masih efektif.

Ohh… ye ke… saya senyum saja. Jadi kata-kata Doc itu membuatkan saya lega… langsung tak membuatkan saya risau air ketuban saya banyak…

Tapi doc tetap suruh saya buat ujian glucose… manalah tau… kata doc. Hasil ujian memang pun saya tak ada kencing manis… (this week)
jauh sangat kata doc…hasil ujian very good. insyaallah sampai tua pun tak ada… katanya lagi…
sengih saja saya.. memang dalam family saya tak ada yang kencing manis… makan pun dijaga selalu… itu petua mama…

tersangatlah lega hati saya… takut jugak kalau ada kencing manis… walaubagaimanapun doc dah kasi warning awal… mungkin saya akan bersalin awal… biasanya dalam 2 minggu awal… haha sah macam kes kakak saya ni…

Doc interview lagi… kakak dulu senang tak bersalin… saya kata tak jugak… lama kat labour room… Siti Nelly last sekali kena operate sebab tangan halang laluan… doc saya senyum sahaja… air ketuban banyak ni memang kadang-kadang susah bersalin… sebab baby aktif… mudah bergerak… sebab ruangnya besar dan luas… senang dia nak berpusing, depa tangan, liuk kaki sana sini. Akhirnya menyebabkan baby sendiri yang lemas (fetal distress).

 Itu kes aiesyah dulu…. Elok kepala dah tengok atas… dia boleh pusing tengok bawah…  Hanya ada dua kemungkinan  samada agak susah bersalin atau memang sangat senang bersalin… biasanya bila air ketuban banyak dan turun serentak… baby pun akan ikut turun jugak… kalau dia dah diposisi yang betul… jadi ibu tak perlu kudrat yang banyak sewaktu melahirkan. Jadi saya berdoa saya di kategori yang kedua ni. Samada susah sikit atau senang banyak…

Jadi kata doc… bila dah masuk 36 minggu dah boleh siapkan beg. Takut air ketuban leaking awal… air ketuban banyak… menyebabkan berat pun tinggi… tambah tolak macam hukum gravity lah jugak kot. Sebab saya orang fizik bukan bio… jadi saya translate sikit bahasa bio doc ni jadi bahasa fizik…bila jisim dan berat tinggi, daya keupayaan jadi tinggi untuk bertukar kepada daya momentum yang tinggi…ditambahlagi bila perut ibu dah tak boleh meregang, air ketuban masih bertambah… daya keupayaan akan jadi daya tujahan kerana ada factor pendorong… . bila air dah leaking baby pun akan ikut air tu juga… terus engage dan dah boleh bersedia untuk bersalin…

Jadi saya pun kenalah bersedia untuk bersalin awal… mungkin 2 minggu awal… senangkan zaman sekarang… boleh predict bersalin awal lagi… ibu pun boleh bersedia awal… tapi kata doc… ada kes yang air ketuban leaking sebelum 36 minggu. Selalunya leaking tak banyak.. keluar sikit-sikit. Jadi doc kata jangan lasak sangat… kalau leaking waktu ini tak boleh bersalin lagi…
Hah… nasib baik doc bagi tau lambat… kalau tak tak sampailah kat atas bukit kebun bunga Cameron highland hari tu….
Macam mana ye… Kalau tak melasak… bosan hidup tu … dah lah sekarang asyik mood nak berjalan-jalan makan angin…

Monday, May 07, 2012

The 2nd Project....

He he.. kalau bulan lepas, kami buat projek katil aiesyah… Alhamdulillah, aiesyah dah tidur kat katil sendiri…. Siap ada lampu tidur moon and star. Nak bagi motivasi tidur atas katil sendiri… so far sampai hari ini, dia memang suka katil dia tu..

So our projek for this month is menyelesaikan masalah perebutan TV/astro antara aiesyah dgn bonda dan ayahnya. Sebab kalau aiesyah di rumah… memang channel 613 dan 615 memanjang sampailah anak dara tu pejam mata… tarak can bonda dan ayah nak tengok TV.

A few choices yanga ada antaranya
1.    Pasang astro baru… ini kosnya setiap bulan ni…
2.   Pasang VCD player kat TV lain

So we decide the second plan. Sebab TV dah ada. So nak beli DVD palyer dan CD-CD sahaja…

Jadi bermulalah projek hari sabtu yang lalu… ayah bawa turun TV lama dari bilik ke bawah…. Beli DVD player yang sangat friendly user supaya mudah aiesyah pasang sendiri tak payah minta tolong ayah bonda. Dan ayah borong satu plastic beg CD. Terkebetulan kedai CD kat warta bangi dah nak tutup buat clearance sale… murah-murah… CD original.
So aiesyah dapat CD angry bird, barney, upin ipin, sing song CD, iqra’, mickey mouse dan plus lagi CD yang telah sedia ada.

Hasilnya sangat memuaskan… dah tak melangut depan astro 613/615 lagi… bolehlah bonda dan ayah hidup bergembira sikit… so aiesyah dah declare Tv tu sebagai TV dan DVD player aiesyah... jadi orang lain tak boleh kacau k...

antara gambar yang sempat diambil adalah gambar aieyah taking her lunch depan TVnya. laksa (sangat banyak budak ni makan satu mangkuk dewasa dan air ribena).





Thursday, May 03, 2012

Laman dan Cameron Highland...


Cuti 4 hari… sabtu sampai hari buruh (selasa). En wan kerja hari sabtu… jadi berdua dengan aiesyah kat rumah… memandangkan berat saya sekarang tersangatlah berat dalam sejarah dah 73 kilo… mengemas rumah sedikit tidak releven ditambah lagi dengan masalah tulang belakang yang macam nak terlerai sampai doc suruh makan pil kalsium 2 biji sehari…

Tapi tak tahan lah… walaupun en wan pesan suruh duduk diam…. Laman kat depan tu dah Nampak cam rumah tinggal dengan pokok buluh dah beranak tiga menggunung sudah… Jadik… dengan nekadnya kita bertaman sepanjang pagi sabtu. Aiesyah pun tersangat rajin… dialah yang mencabut semua pokok-pokok liar termasuklah pokok yang tak liar dan memetik semua bunga-bungaan sehingga pokok bunga kelihatan togel…. Pokok buluh telah dikerat separuh menjadikan ia katik sikit… huhhh.. penuh dua bakul besar sampah yang terdiri daripada daun dan sisa pokok…. Baru Nampak clear sikit tak ada lah cam rumah tinggal….

Malam tu merana sakit belakang hoo…

Sebab dah berpenat… en wan pun ajak pergi jejalan esoknya… asalnya nak pergi PD sahaja… destinasi yang selalu sangat kami pergi… saja bawa aiesyah jalan-jalan sikit. Tengah perjalanan saya tetiba teringin nak pergi Cameron highland… emmm time tu jugak pusing balik menuju kearah utara…  kami naik ikut tapah… follow the nature sikit. Singgah sekejap di lata iskandar. Aiesyahlah paling seronok… tak mandi pun. Berendam kaki sahaja. Adalah dalam setengah jam…

Sesampai di Cameron… kami singgah dulu di ladang teh bharat. Aisyah sangat excited! Seronok betul anak dara ni berlari dengan tiupan aingin menujah sejuk… in kali pertama aiesyah dan ayahnya sampai di sini… jadi dua beranak ni memang enjoy habis dengan view ladang teh bak saujana mata memandang...

Malamnya cam biasalah aktiviti night market… tapi tak beli apapun… sebab memang tak ada hajat nak shopping… aiesyah aje yang dapat bantal strawberry…esoknya baru kami berjalan ke cactus valley… huh… orang sekeliling semua pakat jeling tengok mak buyung panjat bukit/tangga sampai atas pulak tu… gara-gara melayan aieyah yang kakinya laju aje redah tangga. Sedar-tak sedar dah sampai teres paling atas. Really enjoy the view and the beauty of flowers here… asalnya pagi tu nak pergi ladang boh... tapi sebab malam tadi hujan lebat... saya rasa jalan yang macam bukan jalan nak ke ladang teh boh tu tak mengizinkan kami pergi...

On the way balik singgah sekejap di lading strawberry dan beberapa farm… then terus turun bawah….balik ikut simpang pulai…..

Here are some nice pictures of Aiesyah….  Dia memang tengah mood tersangat suka bergambar…






 Apa yang dibeli setelah dua hari disana?? tarak ada... cuma bantal sebiji dan sebiji mug untuk mengisi koleksi di ruang english deco... 

kata cik wan... next mission nak pergi bukit tinggi.... kalau dapat together dengan http://bolianahmad.blogspot.com/  dan http://pinchmefatini.blogspot.com/ lagi bagus....
bila? bila? u tell me???

Sleep: how much does your child need?

aiesyah dalam 10 hari usia... memang kaki tidur...

Untuk panduan Ibu-ibu dalam membesarkan anak-anak...

Macam biasa saya refer kepada baby centre (dah jadi macam kamus). Jadi jadual dibawah menunjukkan waktu tidur yang optimum bagi kanak-kanak yang berumur 2 hingga 8 tahun.


Antara tanda-tanda kanak-kanak kurang tidur atau mendapat tidur yang tidak berkualiti adalah seperti di bawah:
-      Sering tertidur di dalam kereta
-      Susah bangun di pagi hari
-      Keletihan dan tidak bermaya di siang hari

Semua yang tertera di atas adalah mengukut kajian untuk padatan penduduk US dan UK. rasanya kalau di Asia belum ada lagi kajian yang establish. jadi walaupun untuk aknak-kanak eropah, boleh diambil sebagai panduan...

Saya??

Aiesyah kalau main tak ingat makan dan tidur.... tak tidur siang pun boleh..... layan kartun dan main sepanjang hari.

Friday, April 27, 2012

Lee Myung Bak; Satu kisah Luar Biasa...


Ia adalah satu coretan mengenai kisah seorang yang biasa dan berakhir dengan luar biasa. Saya bawa anda keluar sekejap dari kepompong bumi Malaysia…

Jika kita di Malaysia Perdana menteri yang menjadi lagenda seumur zaman adalah Tun Dr M, di Korea President Lee Myung Bak Bagaikan Dr M di hati rakyat Korea selatan.

Kisah Lee Myung Bak bermula hanya sebagai rakyat jalanan. Ucapan perlantikan presidennya sangat menyentuh rakyat Korea Selatan…. (pun menyentuh hati saya juga)

“ saya berasal dari keluarga yang susah… saya pernah menjadi petani, menjual ais-krim, menjual sayur, menjadi buruh bangunan, menyertai kerahan tenaga ketika perang, menjadi tukang sapu membiayai pengajian saya di Korea University hingga lah saya menjadi pegawai biasa di Syarikat kereta Hyundai. Siapa sangka saya akan menjadi CEO Hyundai, menjadi menteri korea dan hari ini saya dipilih oleh anda untuk menjadi presiden korea”

“ selagi saya menjadi president, saya akan pastikan saya membawa mercu ekonomi Korea dan tidak akan sesekali menghampakan anda”

Lee seorang yang sangat keras hati… kerana itu dia tidak mengikut jejak keluarganya dan desakan untuk mencari hidup yang lebih baik tak pernah pudar. Kedegilan lee terserlah ketika mengetuai pimpinan mahasiswa Seoul menentang kerajaan seoul ketika itu sehingga dia disenarai hitam oleh kerajaan sehingga dia dipenjarakan…

Lee sangat disanjungi rakyat Korea Selatan dan merupakan bapa pembangunan dan permodenan korea. Lee terkenal dengan mentranformasikan Bandar korea kepada Bandar hijau sehingga mengalir sungai jernih di celah kepesatan Bandar Seoul….

Cerita Lee ini memberikan inspirasi bagaimana seorang yang berasal dari kaki jalanan mengubah bukan sahaja nasibnya tetapi juga mengubah sebuah negara… dan pandangan dunia…

Hari ini Korea selatan tidak lagi menoleh kebelakang. Korea di kenali dengan penakluk ekonomi dunia selain Jepun. Penguasa teknologi dengan taraf pendidikan rakyatnya yang paling tinggi….

Siapa sangka seorang buruh akan menjadi president ke-17 Korea selatan.

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...