Wednesday, June 08, 2011

PASAR MALAM


Saya bukan KAKI PASAR MALAM. Dan saya pun memang tak suka pergi pasar malam. Bukan sahaja pasar malam… sebarang tempat yang ramai oranglah…. Kalau saya nak shopping, saya sanggup ambil cuti semata-mata nak pastikan shopping complex tu lengang… tak ramai orang. Maka jelas sekali, saya tak suka pergi carnival kah… jom heboh kah… atau apa-apa kah yang terdapat kesesakan orang ramai di situ. Kalau saya pergi kenduri kawan-kawan… saya akan heret En Wan untuk start enjin kereta pukul 10.30 pagi untuk jadi orang yang terawal makan nasi minyak… he he.. melainkan perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan.


Tapi semenjak MPK buka pasar malam bawah office saya ni… saya pun angkat kaki pergi pasar malam setiap hari rabu seperti hari ini. Keluar office terus Nampak kedai laksa… So secara afficalnya saya dah jadi pengunjung tetap pasar malam Kajang Utama ni… walau panas… Walau terik… walau hujan… tetap kaki saya HAYUNNN… Semangat sungguh saya…

Tapi barang kat pasar malam ni tak adalah boleh tahan… mahal jugak… terpaksa perah otak nak jadi pengguna bijak… (atau kedekut). Tapi tak apalah...kita layannnz.  
Pasar Malam.. I'M COMING.

No comments:

Post a Comment

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...