Tuesday, June 14, 2011

Wanita Berdikari

Terpanggil saya menulis tapik ini bila semalam saya diberitahu seorang teman baik beliau telah bercerai dengan suaminya setah hampir empat tahun berumah tangga dan dikurniakan 2 cahaya mata. Tergamam saya kerana pada ketika itu mesyuarat sedang berlangsung dan kami duduk bersebelahan. Apa pun keputusan rakan saya, saya percaya dia telah berfikir sejauh dan sedalamnya dan saya doakan kebahagiannya...

bukan dia sahaja teman saya yang berstatus janda...

kerap juga masuk ke gegendang telinga saya sebutan 'saya dah divorce'...

selalu saya bertemu dengan wanita-wanita yang bersendiri ini...

Namun...Buat itu yang mahu saya bicara...


Saya kongklusikan wanita-wanita ini sebagai wanita yang memilih untuk hidup 'berdikari'. Sama ada yang memilih untuk bercerai ataupun yang memilih untuk tidak berkahwin.

Fenomena ini bukan asing dalam dunia yang menyerlahkan kewibawaan wanita. Saya optimis faktor ini penyumbang terbesar wanita memilih untuk berdikari. Kalau dulu wanita terpinggir. Kebergantungan wanita terhadap lelaki untuk survival hidup cukup tinggi.

Penjelasannya mudah...
Wanita kini punya persepsi sendiri...
boleh membiayai hidup...
tiada lagi kebergantungan terhadap lelaki...

daripada menanggung parah hati
dek lalaki yang kurang tanggungjawab sebagai suami
lebih baik menyendiri
boleh fokus pada kerjaya

Kedudukan ekonomi dan sosial wanita dalam masyarakat yang kukuh menyebabkan wanita tidak teragak-agak memilih untuk berdikari....

SAYA...

kalau tak bergaduh berdebat dengan En Wan dalam sehari tak sah. sebab kami dipertemukan dalam arus perdebatan IPTA (memang dah selalu bergaduh dari dulu).... maka bergaduh dan berdebat dah jadi asam garam rumah tangga kami... jadi kalau nampak kami bertekak... itu tengah berdebat tu....

No comments:

Post a Comment

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...