Monday, June 06, 2011

Cerita APC


Memang di tengah tahun semua kementerian sibuk mengendalikan APC, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Tanyalah sesiapapun … semuanya mengidam nak merasa APC.

Banyak cerita disebalik APC ini. Pemerhatian saya…
ada juga organisasi yang membuat pencalonan APC mengikut penggiliran. Ia nya Nampak adil dan dan sama rata. Sebab semua orang akan merasa. Tapi disebaliknya… tidak timbul semangat bekerja yang proaktif kerana semua orang akan dapat APC.

Disesetengah organisasi…
Setiap tahun orang yang sama dapat APC. Sebab setiap tahun orang yang sama menunjukkan prestasi yang cemerlang jauh dari orang lain. Pun adil jugak kan. Walaupun hanya dia yang merasa… tapi kerana hanya dia lebih layak dapat dari orang lain…

Yang mana satu anda suka.
Saya suka yang kedua…
Bagi saya biarlah APC itu tak berkembang penerimanya… asalkan yang menerima adalah yang benar-benar cemerlang dan mampu memberi inspirasi kepada yang lain. Baru APC menjadi satu lagenda… tanpa kontraversi melanda.

Saya…
Walaupun tak dapat APC. Saya tetap puas hati. Puas hati bila markah LNPT yang diberi menunjukkan rasa puas hati bos pada saya. 
Saya dikalahkan oleh rakan sejawatan yang telah 5 tahun berkhidmat. Tapi saya puas hati… sebab memang layak pun senior saya ni dapat APC. Patut dapat dari tahun lepas lagi. Siang-malam bersengguk kat pejabat sahaja… Emmm saya dikalahkan oleh orang yang memang betul mengalahkan kekuatan saya bekerja… sekurangnya pening kepala, tension dia berkerja selama ini berbayar dan berbaloi (sebab dia mendapat rakan setugas kategori tidur sehingga dia terpaksa menanggung hampir semua tugas di Cawangan tersebut).

Begitu juga rakan-rakan saya yang mendapat APC di Kementerian… hampir kesemuanya jenis yang bertakafur di Office. Rasanya boleh kategori berumah tangga di office. Monopolinya kaum Adam.  

Saya…
Nak kena buka dapur dan nursery (pusat jagaan kanak-kanak) di office untuk berumah tangga di office.

SAYA UCAPKAN TAHNIAH KEPADA RAKAN-RAKAN SEPERKHIDMATAN SAYA YANG TELAH MENDAPAT APC TAHUN INI.
ANDA MEMANG SELAYAKNYA DIHARGAI 
DENGAN PENAT LELAH KERJA 7 HARI SEMINGGU TANPA CUTI…
ATAU YANG BEKERJA 16 JAM SEHARI TANPA DIBAYAR OT.


Pengajaran…
Bila kita rasa kita banyak KERJA…
banyak lagi kawan-kawan kita yang LAGI banyak KERJA….
jadi buatlah KERJA dengan hati yang terbuka..
bukan dengan KOMPLEN yang berjela-jela…
hah ha..

No comments:

Post a Comment

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...