We Are Bloggers
Ia bermula dengan my little sister. Tapi dah tak little dah. Lagi tinggi dari saya. Dia macam CNN. Pusing satu family dia punya berita. Tapi tak boleh nak kalahkan anak mami. Jadi ranking dia bawah sikit.
Kemudian, mama bersara dua tahun lepas. She started the ‘face booking’ activity, then followed by blogging. This 57 years old blogger is actively writing. Almost every day she reports her daily activities. Tapi dah 4 hari duduk di rumah saya…. Tak dapat nak menulis sebab broadband saya rosak. Sori mama.
The theme
Senanglah saya bila mama jadi blogger… boleh tahu apa mama buat hari-hari. Bukan tahu apa mama buat sahaja… apa yang Abah buat pun tahu jugak… kalau dulu duduk-duduk di belakang pondok ‘Bedah View’ kami ternganga khusuk dengan mama bercerita pasal dulu-dulu. Sekarang ni pulak saya khusuk membaca mama menulis cerita pengalaman dulu-dulu. Bila orang yang berharga bak emas ni menulis, penuh pelajaran dan pengajaran…Tajuk blog pun “Bila Sudah Bersara”. Ha-ha tapi kepada sesiapa yang membaca blog beliau, dengan satu dua atau tiga post sahaja kita dah tau aktiviti mama adalah blogging… gardening… cooking…jalan-jalan’ing’.
Ok . sorang lagi yang masih menggelar dirinya as the baby of the family walaupun umur dan nak masuk 20 tahun kot… betul kah??? Tapi tak kisahlah… semua berita dia kelek dalam blog. Dari berita pasal diri sendiri, anak orang… mak orang … rumah orang… tempat orang….semua budak ni terjah. But I still likey (guna bahasa kamu). She likes to upload our family pictures especially the picture of her nephews and nieces (included Aiesyah). And the pictures are nice too (please don’t kembang your hidung). See her at ‘pinch me’.
Saya pulak… konon nak jadi blogger yang berdiskusi tentang topik semasa… emmm susahlah… otak kering… finally saya tulis sahaja apa yang sedang saya fikir…
Jadi bila masuk office perkara pertama saya buka blog saya dulu… tengok berita dari famili, amik motivasi dan mood dalam 10 minit, penting untuk produktiviti kerja… baru lah saya start buat kerja dengan ceria walaupun kerja-kerja yang datang tu tak ceria pun.
Pada Hemat Saya…
Pada hemat sayalah… dari ketiga-tiga blog ini (saya, mama and the baby) jelas nampak ketara perbezaan pembawaan blog. Nyata umur yang memisahkannya… daripada blog yang penuh kata nasihat… ke blog yang pum-pang pum pang macam tak ada insuran dan ke blog yang fun and creative life as a teenage girl. Tapi masih ada persamaan… we proud to be in Che Had's family and we proud to write and talk about ourselves.
Visit Them At
ho ho.. dah macam promote pulak
MISI?
Bila pulaklah ahli-ahli keluarga yang lain nak ber blogging pulak (statement ini merujuk kepada Cikgu Kecik, the workaholic businessman, the sleeping beauty doctor, the dedicated lecturer, the talkative insurance agent and also the ‘biggest member’ in the family…. Haha… lu pikirlah sendiri siapa). En Wan tuu dah lama dah bukak blog… tapi seketul huruf pun belum tulis…nanti Bila Abam, Adik dan EcahBella dah besar Bonda suruh blogging jugak... Nanny pun mesti pesan yang sama (hanya nanny yang boleh menjawab soalan ini..)... senang bonda nak tau khabar..
The Next Gen... |
trimas ! trimas ... kerana diriku begitu berharga ... btw , check your grammar :p
ReplyDelete