Wednesday, June 22, 2011

Menjadi Teladan Para Hartawan


Dikalangan 4 khalifah dilihat kurang menonjol kerana karektor beiau yang lemah lembut berbanding kahlifah lain yang lebih agreasif; Saidina Abu Bakar Penegak Kebenaran, Saidina Umar Pemegang Panji Islam, dan Saidina Ali yang mengusai ilmu pengetahuan. Beliau menjadi khalifah Ar-Rasyidin yang paling lama memerintah iaitu selama 12 tahun (644-656M).

Saidina Uthman terkenal dengan sikap lemah lembut dan dermawan. Kerana beliau masih seorang hartawan ketika menjadi pemerintah (berbanding khlifah yang lain yang hidup besederhana), beliau sering disalah erti menyeleweng wang negara, sedangkan kebanyakan hartanya telah diberi kepada baitulmal dan dengan kehendak-Nya juga dia menjadi semakin kaya raya.

Selama 12 tahun pemerintahan beliau, 6 tahun pertama adalah tahun kegemilangan pemerintahannya. Manakala 6 tahun terakhir banyak melibatkan fitnah, pemberontakan dan pertelagahan islam sehingga menyebabkan beliau terbunuh.

Saidina Uthman menjadi contoh yang paling tepat sebagai seorang hartawan Islam. Beliau gemar berpakaian cantik dan kemas dan gemar berwangi-wangian. Karekter beliau menampakkan kelas beliau sebagai seorang hartawan dan dalam masa yang sama memilih untuk bersifat lemah-lembut dan besederhana. Beliau melayan semua yang beragama islam sebagai saudaranya yang perlu dibantu dan tidak pernah mengelaskan taraf hidup mereka.  Dikatakan kekayaan Utman tidak pernah merosot walaupun beliau sering menyumbang sebahagian hartanya untuk pembangunan negara.

Pemerintahan Saidina Uthman Berjaya merancakkan ekonomi islam. Beliau membina Empangan untuk mengawal banjir dan membina jambatan-jambatan untuk memudahkan perhubungan.

Legasi Uthman kekal sehingga hari ini dalam dunia Islam adalah beliau berjaya menyudahkan misi pengumpulan dan penulisan mushaf Al-Quran dan di seragamkan menjadi Mushaf Uthmani. Tinggalan beliau diganapakai sehingga kini…

No comments:

Post a Comment

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...