Tuesday, June 21, 2011

Berbakti pada tanah....


Dah lama tak post tentang rumah. secara rasminya saya dah duduki rumah yang dibeli ini pada 1 Mei 2010. jadi adalah lebih kurang sebulan setengah.Tak banyak pun perubahan yang saya buat. gaji kecil... jadi kena buat sikit sikit. tapi mama dan abah banyak membantu.

Sentiasa terbuka untuk semua tetamu...
Cuma diluar rumah saya tanam beberapa tumbuhan terutamanya yang berbunga untuk menyerikan laman. nak lawan rumah mama dan abah memang awal lagi saya menyerah kalah. ho ho... sebenarnya rumah ni tak ada laman pun....

Taman mini saya...
dari kiri: pokok buluh, serai yang disumbang oleh mama, mawar putih dan keladi bunga.

spesis pokok keladi yang tak tahu nama apa. tapi ia saya kekalkan daripada pokok asal yang ada di sini. bunganya hanya kembang dipagi hari. satu tangkai bunga ini bertahan hingga lebih sebulan.
Mawar putih. Saya memang menggemari bunga yang berwarna putih dan wangi. Ion positif yang dikeluarkan ke udara oleh bunga yang mempunyai kriteria ini amat banyak. Jadi bunga-bunga seperti ini kategori bunga yang mempunyai aura (kalau orang fizik macam saya dipanggil gelombang. tapi istilah aura adalah lebih komersil) yang sesuai untuk dijadikan terapi. Kalau boleh saya nak tanam bunga kemboja putih...tapi KIV dulu.  kecuali bunga sundal malam atau mana-mana bunga yang kembang waktu malam gelombang yang dikeluarkan tidak begitu sesuai untuk dipasangkan dengan gelombang manusia. Emmm macam nak ajar fizik pulak...Pokok ini adalah perintis kepada taman ini. sejak dibeli ia tidak putus-putus berbunga.....


 Saya tak tahu bnga apa ini. tapi memang sentiasa berbunga. saya beli sepasang, merah (warna kegemaran aiesyah dan pink)

Pokok Buluh. ini pun saya suka... pokok buluh ini menghasilkan suasana kedesaan dan mengingatkan saya sungai di kampung mama yang banyak pokok buluh.

Pokok Palma. Ia tiada dalam gambar pertama sebab diletakkan di belah kanan rumah. memang dua ini sahaja... tapi mungkin nak pindahkan ke kiri jugak untuk menyertai pokok-pokok yang lain...

Pokok ini digantung didinding kanan selepas turutan pokok-pokok yang lain. kedua-duanya saya tak tahu nama.. waktu beli lupa nak tanya. pokok disebelah kiri saya panggil pokok tipu. sebab dia nampak perfect macam pokok tiruan, tapi ia pokok yang betul. dah ramai yang tertipu... pokok di sebelah kanan yang warna maroon tu saya panggil pokok rambut aiesyah. sebab bila tengok pokok ni saya akan tergambar rambut anak saya yang curly dan serabut tu.
Tepi pokok rambut aiesyah tadi adalah akuarium ini. Disumbangkan oleh Tok Din. Iesyah sahaja yang selalu mengadap akuarium ini. ikan dan akuarium ini diselenggara oleh En Wan. saya awal-awal lagi dah surender taknak jaga. leceh la... saya nak jaga bunga je B. Tepi akuarium adalah kerusi dan meja laman. Tempat saya dan En wan melepak setiap petang. Biasanya hujung minggu je. sebab En Wan balik kerja malam.... 


Misi saya memang nak tambah lagi pokok. kali ni nak beli yang berdaun untuk tambah kehijauan.

Gambar di bawah adalah gambar laman mama yang cantik dan sentiasa saya rindui.... dah macam nursery rumah mama tu... cantik.dan sentiasa menjadi inspirasi kepada tetamu yang berkunjung...





Semoga tumbuhan-tumbuhan yang dijaga ini sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga saya....

No comments:

Post a Comment

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...