Monday, June 06, 2011

Hanya bebelan...


 Saya memang suka suasana kerja pada waktu cuti sekolah. Terutama hari isnin. Macam hari ini…

Sebab waktu ini tak ramai orang di office. Tak pening kepala melayan kerenah staff. Bos-bos besar pun tak ramai. Sebab semuanya nak celebrate cuti dengan anak-anak waktu ini.

Pada waktu inilah saya boleh duduk di office dengan aman.

Kalau tidak… kelibat saya hanya seketika di bilik saya.
Masa saya banyak terbuang dek perjalanan dalam kereta (ke destinasi luar) dan duduk termenung atau memerah otak menjawab soalan bos di meja mesyuarat.
Atau pun pergi berperang di EPU memohon bajet untuk tahun hadapan…

Kalau saya ada di bilik pun, sekejap bos A panggil, dua kali kejap bos B panggil. 3 kali kejap Bos C nak panggil meeting tergempar. Kalau aman di bilik pun… telefon saya setiap minit berdering dengan panggilan kontraktor.
Tapi susahlah nak cari masa aman ni. Bila saya buat paper di masa yang taka aman… fikiran bercelaru. Ini adalah penyakit yang paling merbahaya. Sebab paper saya banyak angka-angka duit. Takut tersalah tulis. Patut 100 ribu jadi 1 juta. Kan susah tu…

Saya rasalah… patut pegawai kewangan, audit, akauntan kena kuarantin jangan bagi sesiapa kacau sangat. Susah hati lah saya. Dah kira lepas tu kena kira… dan kira… kira lagi… akibat konsentrasi yang terjejas. Sebab itulah satu hari satu paper. Sebab tu jugaklah saya suka buat paper diluar office hour. Pukul lima ke.. pukul 6 ke…  time orang confirm tak kacau kita. He he..

Tapi hari ini…
 Ha.. Ha…
Saya dah habiskan 8 paper untuk present ke board. Kalau hari biasa nak siapkan 1 paper pun susah. Agaknya di waktu cuti sekolah ni pun kontraktor banyak off jugak. Sebab sehingga petang Cuma 2 panggilan kontraktor sahaja disambung kepada saya.
Tapi kalau tak ada panggilan pun lagi bagus.

HARI YANG AMAN….
SEMOGA ESOK TERUS TENTERAM…
Saya buat paper sambil menikmati teh ais bungkus kedai mamak...

Tapi tak jugak.. TKSU saya tetap melaksanakan misi mesyuarat pukul 5 esok. Rajin sungguh bos saya tu. 

Saya…? 

Saya Yang Menurut Perintah…

2 comments:

  1. aku plak tak suka dtg keje bila ramai org cuti sbb nature keje kat ofis aku ni, sapa yg dtg keje dia kena buat keje org yg cuti tu..huaaaaaaaaaaaaa!

    ReplyDelete

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...