Friday, June 22, 2012

Sya'ban

Amat berbesar hati dan bersyukur sekiranya kita dapat menikmati 3 bulan kebesaran islam berturut-turut iaitu Rejab yang baru berlalu, Sya’ban yang baru menyinggah dan Ramadhan yang semoga dipanjangkan usia untuk bertemu lebih kurang 27 hari lagi.



Kalau di bulan rejab yang lalu peristiwa isra’ mikraj kita renungi bersama yang diturunkan bersamanya tiang agama(sembahyang fardu), di bulan sya'ban kita menantikan nisfu sya’ban. Nisfu sya’ban atau dimelayukan pertengahan sya’ban akan jatuh pada 5 Julai 2012 mengikut kelendar masihi. Walaubagaimanapun tidak ada hadith yang merujuk kepada apa-apa amalan khas pada malam nisfu sya'ban kecuali hadith mengenai Allah mengampuni dosa-dosa pada malam nisfu sya'ban kecuali bagi orang musrik. 

Pada bulan ini juga berlakunya peristiwa sembahyang dua kiblat (kiblataini). Peristiwa pertukaran arah kiblat ummat islam daripada masjidil aqsa dan berkiblatkan masjidil haram (kaabah).

Diriwayatkan oleh para sahabat, Rasulallah SAW tidak pernah berpuasa lebih banyak puasa sunnat selain daripada bulan sya’ban. 

Usamah bin Zaid pula menceritakan; "Saya telah bertanya kepada Rasulullah saw, wahai Rasulullah saya tidak pernah menyaksikan banyaknya puasa tuan pada lain-lain bulan seperti di bulan Syaaban", lalu Baginda menjawab, "Itulah bulan (Syaaban) di mana ramai manusia lalai mengenainya iaitu di antara bulan Rejab dan Ramadan, ini adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan Pemilik Sekalian Alam. Oleh itu saya (Baginda) amat suka kiranya amalan saya diangkat ketika saya sedang berpuasa.'' (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Nas'aei).

No comments:

Post a Comment

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...