Dalam dua minggu lepas ada sedikit perbicaraan ringkas bersama bonda tersayang yang mengunjungi rumah… tentang wanita bertudung dan bersanggul (sama ada palsu atau betul). Terdapat banyak perbezaan dilakangan ustaz-ustaz sekalipun didalam perkara ini… umumnya selepas peristiwa tersebut saya mencari jawapan yang dikira lebih dapat memuaskan hati dan akal logical saya yang sentiasa dan tidak berhenti berfikir.
Akhirnya saya mendapat jawapan yang saya kira dapat memuaskan hati naluri saya… kesimpulan dari jawapan ini semua yang dikeluarkan pendapat dari kesemua ilmuan islam ini kesemuanya dalah betul dan tidak ada sedikit pun salahnya… yang mengatakan haram pun betul yang mengatakan harus pun betul jua.
Asas fikah sesuatu hukum adalah harus… yang menjadikan haram adalah manusia sendiri (niat dan perlakuan). Maka asas kepada pemakaian sanggul bertudung ini adalah harus, boleh dan dibenarkan selagi tidak berniat untuk menarik perhatian lelaki ajnabi atau walau tidak berniat tetapi tidak akan menjadi perhatian lelaki ajnabi. Maka jika seorang wanita itu yakin bahawa niatnya betul dan tidak akan menarik perhatian lelaki bukan ajnabi maka bersanggullah setinggi manapun…
Ia adalah sesuatu hukum dengan pantang larangnya… jawapan harus sememangnya hukum asalnya…bersama pantang larangnya seperti niat dan perlakukan (seperti mana imam malik dan hanafi meletak kan hukum). Adajuga ilmuan islam yang yakin terus memberi hukum haram. Kerana kebiasaan manusia hatinya lemah dan sakit maka dikhuatiri tidak dapat membentuk niat yang ikhlas mahupun lelaki yang tertarik dengan wanita. Maka terus diberatkan hukum tersebut kepada haram (seperti imam syafie yang selalu memberatkan hukum).
Percanggahan pendapat senantiasa terjadi. Sedang 4 imam yang muktabar/besar juga ada jalan simpangnya tapi aqidah utama tetap harus dipelihara. Bagi masyarakat Malaysia mungkin sudah terbiasa dengan memberatkan hukum (kerana mengikut mazhab syafie yang terkenal dengan lebih berat dari segi hukum berbanding mazhab yang lain) maka ramai ilmuan islam membuat kesimpulan dan menjatuhkan banyak perkara adalah haram termasuk sanggul tudung. Ia sebenarnya tidak salah dan sebagai satu langgah pencegahan yang baik dengan memberatkan hukum dari harus kepada haram daripada menanggung dosa.
Maka kebanyakkan ilmuan islam lebih suka memberi penyelesaian yang dikira lebih selamat. Seperti mensarankan tidak bersanggul atau bagi mereka yang mempunyai rambut yang panjang disanggulkan separas dengan leher/ lebih kebawah, agar tidak menjadi perhatian…
Sebelum berakhirnya artikel ini suka untuk saya kongsi satu hadis yang diriwayatkan oleh Al-Muslim…
“Kepala-kepala mereka ini umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium bau syurga kerana sesungguhnya bau syurga dapat dicium walau dari jarak perjalanan yang jauh”
Pengertian maksud hadis ini ada diterangkan oleh imam al-Nawawi dalam kitab sharh sahih muslim (sila buat rujukan sendiri).
No comments:
Post a Comment