Friday, June 08, 2012

ASB: Harus dan Haram...




Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 1 Februari 2008 telah bersepakat untuk memutuskan bahawa hukum melabur didalam ASB dan seumpamanya adalah harus.

Namun berlaku percanggahan apabila majlis Fatwa Negeri Selangor (12 April 2011) telah mengeluarkan kenyataan berbeda dengan Majlis Fatwa Kebangsaan. ASB adalah haram. Keterangan yang diberikan adalah wujudnya syarikat-syarikat pelaburan asb yang meragukan dan tidak diiktiraf akan kegiatan jual belinya mematuhi hukum syarak dan kebanyakannya adalah syarikat kewangan konvensional tidak menepati syariah.

Pelik namun ia benar. Berlaku percanggahan terhadap dua majlis atau dua badan besar yang kedua-duanya tidak diragui kepercayaannya. Ia seolah-olah berlaku percanggahan antara dua ulamak muktabar.

BAGI KITA YANG TERKELIRU INI,
Kata uzt zaharuddin dah jatuh hukum syubhah. Jadi elok elakkan sahaja… 
tutup je lah ASB tu. 

huk huk selama ni saya potong gaji masuk ASB tau. tapi tak banyak mana pun duit dalam tu kalau setakat potong 100 sebulan... nak transfer pergi Tabung Haji pulak... 

Senang betul kesimpulannya.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...