Friday, June 15, 2012

Coca-colanisme


 Istilah ini tak wujud pun di dalam kamus dewan bahasa dan pustaka. Ia diambil sempena dengan jenama minuman ‘unggul’ yang sinonim dengan budaya kegembiraan dan hiburan iaitu minuman cocacola.

Maka budaya coca-colanisme saya kira adalah satu bentuk budaya yang suka berhibur dan bergembira. Sama sahaja dengan budaya hedonism sebenarnya. Cuma istilahnya dan frasa yang membezakanya…

Dari mula tuhan mencipta Adam dan Hawa, hiburan sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan dengan makhluk yang berasal dari tanah ini… Cuma bagaimana yang ditakrifkan berhibur itu… harus di tepuk dada dan tanya selera sendiri…

Semakin tua bumi tuhan maka semakin banyak hiburan yang melalaikan… tak perlu lihat budaya kuning, biru mahupun hitam, kita celikkan mata, tanya minda untuk bumi kita Malaysia. Generasi ‘Y’  kini sudah terlalu sinonim dengan hiburan. Tak menghairankan, generasi ini membesar dengan dunia kemudahan rangkaian Televisyen, internet dan sebagainya…. Maka lahirnya generasi coca-colanisme ini.

Menyingkap kontroversi ‘himpunan sejuta belia’ yang mendapat banyak reaksi umum kerana terlalu banyak menyelitkan elemem hiburan… ini pendapat saya..

Jika lihat Objektif dan matlamat murni Himpunan sejuta belia ini… ia amat perlu disokong pembikinannya.. Banyak aktiviti dan pameran bermanfaat yang berkaitan masa depan belia ada di sini. Namun yang menjadi pokok pangkalnya… tiada guna walau seribu manfaat terpendam tanpa pengunjung belia sendiri yang datang. ‘kerajaan’ hari ini seolah terdesak untuk menarik golongan terbesar masyarakat Malaysia ini dengan menyelitkan hiburan yang kadang-kala dilihat masyarakat bukan generasi Y sebagai keterlaluan. Kerajaan ‘terpaksa’ menyalurkan segala info melalui elemen hiburan seperti menyertai pameran di tapak ‘sure heboh’ yang sedia pasti menjadikan elemen hiburan sebagai daya penarik masyarakat. Cuba lihat program-program penjelalahan ilmu/ pameran pasti disusuli dengan kehadiran personality berasaskan hiburan malah hampir pasti terdapat elemen konsert  samada disiang hari ataupun malamnya…

Apa yang hendak disampaikankan… bukan kelemahan program-program yang telah disebutkan tadi. Ia hanya contoh dalam beribu lagi program samada di taja oleh pihak kerajaan mahupun badan-badan bukan kerajaan… tetapi pembudayaan hedonism dikalangan masyarakat hari ini dilihat semakin menular. Tak perlu lihat anak melayu sahaja… malah cina india atau apa bangsa pun yang wujud di Malaysia… semuanya bertemankan hiburan. Lebih parah bila menjadikan berhibur dan bergembira sebagai satu bentuk pembudayaan dalam masyarakat…

Pembudayaan Coca-colanisme bukan hanya menjadi masalah kepada Malaysia, malah negara-negara berproduktiviti tinggi seperti Korea Selatan maupun Jepun sudah hilang akal untuk menyesaikan masalah generasi Y. Adalah menjadi kebimbangan budaya ini mengahasilkan generasi yang kurang berjati diri dan hanya mengambil tahu hal-ehwal kehidupan sendiri yang menjadikan masyarakat lebih individualistic, meterialistik dan tidak produktif. Labih membimbangkan apabila syiar islam sudah tidak lagi mendapat tempat dihati generasi cyber ini. Mereka yang dilihat jauh dari dunia hiburan dan kegembiraan dianggap kolot dan tidak dapat menerima perubahan... 
 

Timbul persepsi salah dikalangan muda-mudi bahawa zaman remaja/belia perlu dihabiskan untuk berseronok dan zaman keinsafan datang di kemudian hari. 
 
Timbul juga persepsi salah bahawa kebaikan / amalan (terutama yang berkaitan dengan agama) tidak boleh dipaksa tanpa kehendak dan keikhlasan diri sendiri. 
Jika tidak ikhlas lebih baik tidak dilakukan. Kerana ia dipanggil 'hipokrit'. 

Akhirnya generasi ini hanya melakukan sesuatu berdasarkan kehendak hati 'yang dikira ikhlas' dan tidak hipokrit.
Budaya hedonism atau coca-colanisme ini ternyata mempengaruhi sistem pemerintahan dan politik negara di masa akan datang jika tidak dibendung dari sekarang. Jelmakan seorang pemimpin yang menjamin segala kehendak (bukan keperluan) duniawi maka itulah pemimpin yang didamba oleh masyarakat… akhirnya yang menurut menikmati keindahan dunia, yang terperok langsung tidak dipedulikan. Akhirnya akan wujud zaman Neo-firaun....


No comments:

Post a Comment

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...