Friday, June 08, 2012

CINCIN BESI BERTATAH PERMATA...


Dalam dua minggu lepas saja kaki ni gediks nak pergi kedai lampu. Sebab ada satu point lampu kat hall yang tak berlampu. Survey je ok. Survey. En wan pun angguk-angguk. Adalah dua tiga kedai pergi. Cantik… harga pun cantik jugak. Saya suka yang simple sahaja. Lagi pun ruang tamu saya pun simple. Tak ada pun  nampak konsep mewah-mewah… hati pun muda lagi. Tak nak deco cam ekslusif sangat. Selepas menjejak dua tiga buah kedai lampu tu… ternyatalah taste saya dengan en wan bagai langit dengan bumi. Lampu en wan berjuntai dan dan berkristal sakan.  Lampu yang saya tunjuk sangat simple but very unique (that the way I like). Sebab main sponser untuk beli lampu adalah en hubby yang baru dapat bonus ASB ( dia kata rezeki asb was-was. Jadi duit asb buat beli lampu jgn makan he he…) nanti kat entry lain saya terangkan kenapa asb jatuh hukum syubhah).

Jadi saya pun bersetujulah beli satu lampu chandelier yang tersangatlah klasik rupa bentuknya. Tapi sebab en wan dah sangat beria nak jadi saya pun bukaklah silat tawar menawar.. huk huk… sampai terduduk tokey tu. nasib baik saya deal dengan tokey terus. Kalau setakat staff tak dapatnye… banyak jugak saya dapat turun. Agaknye dia kesian tengok saya yang tengah buntal ni buat muka kesian. Banyak tau… 650 turun. Huk huk terima kasih ke atas baby dalam perut yang turut memain peranan.

Dalam kereta saya dah berkira-kira ni… tak padan betul lampu yang dilbeli dengan ruang tamu. Ye lah… sikit punya sempoi our sofa but then come the chandelier like diamond with the iron ring. Suppose diamond kenalah padankan dengan gold ke… platinum ke… barulah padan kan…
Bila dah pasang… mak oii memanglah macam cincin besi bertatah permata. Tarak padan ok… sejam kami asyik pandang lampu yang cantik dan sofa-sofa yang very simple tu… 

“ nak kena ubah ni B” saya start talking
“ ubah apa? Nak beli apa lagi. Bajet bulan ni untuk shopping tak ada ok. Nak simpan bersalin n beli baju raya”.

“tu hah … sofa kecik-kecik tu nak kena angkut kat tempat lain. Ganti arm chair or wing chair sepasang. Baru padan”
“Lepas dah beli arm chair” tanya en wan..
“ kalau nak letak arm chair sepasang, sofa kita ni nak kena kebelakang. Kasik space. Karpet tu jadi kecik pulak pasal ruang dah besar sikit. Nak kena tukar karpet 7x9 kaki nih”

“lepas tu?” tanya en wan lagi
“ sofa dah cantik karpet dah cantik. Tu hah langsir tu… B kan suka konsep eksklusif. Pasal tu beli lampu nih kan… langsir tu konsep simple… dah tak sesuai dah. Nak kena tempah kat Minlon pulak ni…”

“ lepas tu coffee table carik yang bercermin gelap. Letak kat tengah… barulah memancar-mancar cahaya lampu B ni terkena pantulan cermin Cofee table tu”

Akhirnya kemana sudah perbualan tadi ye… kami gelak ramai-ramai je. Sekali dengan aiesyah tengok bonda dan ayah tengah berangan sambil pandang lampu baru.

Mama datang komen lampu cantik… tak apa… yang lain pelahan-pelahan beli kata nya.

No comments:

Post a Comment

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...